nuffnang ads

Tuesday 31 May 2011

38..YANG BERNILAI PULUHAN RIBU...:)

comfirm pelik kenapa dengan title diatas kan..kan...kan...
hahahaha...sebenarnya tak de ape2 pun..cuma entry selingan sempena 
dengan genapnye bilangan follower (38)...


dan juga 38 itu adalah no kereta zamir...hehehe..
(ape kaitannye???tetttt..xde apa2 pun...) cuma..no plat kereta kalau nak 
request or beli no 38 ni..if area KL ni..harganya mencecah 10k..
(akak tak mampu...) so sikit sebanyak no 38 itu agak special...(yeke??) ntahla...
ngeee..


ok...itu sahaja..
sekian terima kasih


assalammualaikum...peace! :)

booom! MELETOP..:)

setelah selesai majlis itu...tibala masanya untuk serious mempromosikan baju2 
yang ada...
untuk permulaan ni mmg product kami tidak banyak untuk dibangga2 atau dicanang2kan...tapi ini adalah 'permulaan'..kami harap semua pun akan faham...
insyaALLAH walau apa pun dugaan yg datang kami akan teruskan...




sokongan dari semua pihak amatla diharapkan..perancangan tentang penambahan 
baju2 dan lain2 semuanya sudah diatur cuma menunggu masa dan ketikanya untuk dipublishkan...
kenapa tak nak keluarkan sekarang??? jawapannya, banyak proses yang kami 
mesti lalui sebelum boleh memasarkan baju2 tersebut..


bak kata pepatah 'buah cempedak diluar pagar ambil galah tolong jolokkn,
kami budak baru belajar kalau salah harap maafkan....' :)


jadi untuk masa ini, inila shj yang mampu kami sediakan..namun diharap 
semua akan memberi sokongan...insyaALLAH.




1. ROUND NECK- BLACK&WHITE (RM34.90)















2. V-NECK- BLUE&RED (RM39.90)








3. DRESS T-SHIRT(GIRL) GREEN,WHITE%YELLOW (RM 49.90)







4. SLEEVELESS T-SHIRT(GIRL) (RM29.90)





untuk keterangan harga dan cara penghantara sila lawati fan page kami 
di facebook (zaf.co), berkenaan kuality kain, kami jamin ianya memuaskan 
hati. menurut pada yang telah memiliki t-shirt kami kesemuanya berpuas hati.

untuk next entry insyaALLAH kami akan memperlihatkan kisah2 disebalik tabir pembikinan&process kami untuk menghasilkn product bagi edisi perkenalan ini... 

assalammualaikum..peace! :)

MAJLIS MEMPERKENALKAN ZAF.CO...part 2 & BERITA SENSASI DAN PANAS!!(poyo la plak..)

hye you all...


hari ni, zaf.co akan memperlihatkan lebih banyak scene2 ketika majlis ini 
berlangsung... selain perihal2 product2 kami...banyak juga perkara yg 
dibincangkan..haiii bila kawan2 ramai..family pun ada..macam2 la...apa2 pun 
lihat lah sendiri..




sukanye si apek ni...(mestila happy...happy berganda lagi..hehe)

ini la penyokog paling stand-out pada malam itu..(kene ckp terima kasih jugak ni...) 
thank you.. 



sambil2 minum, sempat juga berbincang tentang strategi2 sterusnya...

sempat jugak tu..menyibuk nak tgk cincing org yg baru bertunang...
(sapa eh?? hahaa rasa semua org dh tahu..)




setelah selesai menanda tangani plat zaf.co...juga bermakna kami telah 
rasmi berada dalam industri ini...walau masih kecil sekecil semut..
namun impian kami besar...









 (i paling suka gambar ni!!!)


sesi bergambar bersama plat itu..(berangan mcm sign contract buat 
album lagu je..hahaha)



inila sebahagian mereka yang hadir memeriahkan majlis...terima kasih 
semua...org2 lama kata 'terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi' hehehe..

begitulah kisah dihari memperkenalkn zaf.co dimata dunia 
(dunia ke???keramat pun belum tentu lagi..hehehe) but itula dinamakan impian...

p/s: lupa pula...kan saya kata ada 'double happiness' pada hari tersebut...
perkara itu ialah...pada sebelah siang sebelum majlis ini bermula...salah satu 
dari kami bertiga telah melangsungkan majlis pertunangan beliau...orang itu 
adalah KHAIRUL FAHMI CHE MAT dan pasangannya AIMIE HARMILIA... 
taniah diucapkan kepada mereka.. (hehe cter basi kot..pasal dorang tunang dh 
kuar surat khabar bagai...) apa2 pun inila sedikit gambar sekitar majlis tersebut..


untuk melihat dengan lebih banyak gambar aksi2 mereka bolehla layari 
blog terkenal itu...

peace :)

MAJLIS MEMPERKENALKAN ZAF.CO...part 1

hello you all....

pada tanggal 17 MAY 2011, satu majlis telah diadakan oleh ahli keluarga dan teman2 rapat sempena memperkenalkan ZAF.CO. ianya bukan la majlis opening ke ape..sekadar untuk menyatakan bahawa kami(zaf.co) sudah wujud...

tiada kata untuk ungkapkan kegembiraan kami...walaupun baru beberapa langkah...kami sudah lihat jauh kehadapan...'semua perjalanan bermula dengan satu langkah'...

berikut adalah gambar2 sekitar majlis tersebut.
*gambar2 berikut di ambil oleh teman kami Nurul. thank you Nurul...later on along belanja ok.. :)





kami tiba dilokasi majlis, tengok2 dh ramai kawan2 ada kat situ... :)




terasa macam berjalan di carpet merah pulak..kene benti2 org amik gambar..hehehe..
(mula berangan bukan2 tu)


errmm dia ni mmg dh tempah jadi model kitorang untuk selama2nya..:) -dah pandai poyo skang ni..



bersalam2 salaman lah kita ye...

majlis ini walaupun simple tapi amat bermakna buat kami..tunggu part 2 untuk tahu aktiviti&cerita2 di majlis itu...kerana pada hari tersebut kami semua 'double happy'...nak taw tunggu part 2..

Monday 30 May 2011

BEGITULAH TERCETUSNYA....

hye you all..
lets begin...bagaimana zaf.co boleh ter-wujud....
pada perancangan asal, si zamir(pencetus idea) ni hanya ingin ber-patner dengan kakaknya sahaja iaitu Aida(sy la tu ** ngeee) tapi pada ketika itu dia mempunyai seorang kawan baik (brotherhood habis act! hahaha) so dalam fikiran dia 'dia kawan baik aku...dalam ramai2 kawan dia je aku rasa boleh ngam & faham aku so aku nak dia sama2 senang ngan aku) then, he decide to invite Fahmi to join us..i have no objection because errmmmm, ntah.but i'm ok with that.
*please noted that all of this discussion is before 'apek'(fahmi) got his fame..& in fact we have know him     
  quite for a long time.

ok, sebenarnya sebelum zaf.co muncul, terlalu banyak idea2 yang datang..pelbagai2 jenis perniagaan dicadangkan..(terutamanya oleh -zamir)
zamir : aku nak bukak bengkel kereta la...
along(aida) : along nak bukak RESTORAN(semangat gila..impian sejak kecik)
fahmi : aku mmg dh ada kedai makan....(ooopps along lupa la apek nak buat bisness ape hehe sorry)


pendek kata masing2 ada impian masing2...tapi bila difikir2..dikenang2..ditimbang2..dikira2 kami sepakat untuk meceburkan diri dalam perniagaan pakaian (clothing line) bukan setakat pakaian sahaja..termasuk juga accessories,seluar,& semua yg berkaitan dengan pakaian...


tapi bukan mudah, kami yang mana masing2 tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang ini...ialah zamir&fahmi dari kecik hanya kenal BOLA...along (aida) pulak mempunyai degree dalam bidang 'interior architecture'...jadi mmg kami pecah kepala lah nak memikirkan langkah2 seterusnya...namun itu semua bukan alasan untuk tidak mencuba. kami memberanikan diri untuk bertanyakan kepada sesiapa sahaja yang kami rasa dapat membantu.. bak kata orang2 lama 'malu bertanya sesat jalan' jadi kami hilangkan semua rasa2 negatif itu...


maka setelah semua sepakat...kami bersetuju untuk meneruskan rancangan itu...dan seterusnya mencari nama untuk brand kami...(lagi satu hal yg payah..) OMG...hahaha mcm2 nama lah keluar...tapi akhirnya kami bersetuju untuk menggunakan nama kami sendiri untuk brand ini...dengan itu wujudla Z(zamir) A(aida) F(fahmi) =ZAF.co....


langkah seterusnya........sila nantikan entry akan datang. 


peace! assalammualaikum.. :)

KINI BERMULA

assalammualaikum...

Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga impian untuk memiliki perniagaan sendiri. oh ya, firstly, our business di pelopori oleh 3 orang. (muhammad zamir bin selamat - Z) (Nurul Aida bt selamat - A) & (Khairul Fhami che mat - F) maka dengan itu wujudlah (ZAF) sebagai nama syarikat merangkap brand untuk product2 kami nanti. untuk makluman, blog ini kami cipta adalah untuk kami berkongsi suka duka perjalanan kami bersama ZAF.CO...kami ingin sama2 berkongsi dari saat ini(kami bermula) hingga selama mana ALLAH izinkan kami bertahan didalam perniagaan ini (harapannya sampai bila2 lah...)



kami mempunyai impian besar agar suatu hari nanti kami mampu memiliki satu jenama yg seriring dengan jenama2 terkemuka. kami sedar perjalanan itu sangat jauh lagi..namun jika tidak bermula dari sekarang, mungkin sampai bila2 pun tak akan tercapai impian itu. bak kata pepatah 'kalau tidak dipecahkan ruyung, mana kan dapat sagu nya'...betul kan??

pembuka kata ini, sekadar ingin menyatakan isi hati...insyaALLAH setiap langkah kami, suka duka, akan kami kongsi kan bersama. doakan kejayaan kami.

peace! assalamualaikum... :)